[Sumber: pautan] |
Kononnya
nak belajar di perpustakaan, sebab tak bising dan aman. Bolehlah saya ulangkaji
dengan penuh khusyuk.
Saya
pergi ke aras 5 Perpustakaan UKM dan masuk ke Ruang Senyap Bestari.
Selangkah
saya masuk ke bilik tu, derapan kasut saya menjadi perhatian.
Bergema
bunyinya setiap kali saya berjalan. Terjengket-jengket kaki saya mencari meja
yang paling dekat.
Selesai
satu langkah, saya pandang ke pelajar-pelajar yang fokus belajar. Selangkah
lagi kaki kiri saya memijak lantai, saya pandang balik ke arah mereka, yang
tekun merenung buku.
Bila
dah sampai ke meja, saya menghela nafas lega, tapi secara perlahan-lahan,
kerana setiap hembusan boleh didengari oleh pengguna-pengguna yang sedang tekun
menaip sesuatu di komputer.
Saya
buka zip beg, tapi bila saya tarik, ia menghasilkan bunyi 'zappp' hingga
menyebabkan fokus orang lain terganggu. Saya buka nota kuliah, helaian demi
helaian saya selak, tapi saya perlu buka dengan perlahan-perlahan, kerana
setiap selakan itu, membingitkan orang di sebelah.
Kerusi,
saya alihkan dengan berhati-hati, sebab takut ia terseret dengan lantai, dan
menghasilkan bunyi ngilu yang membingitkan.
Blah
blah blah.
Akhirnya,
sebab dah tak tahan dengan kesunyian yang teramat sunyi di Ruang Senyap
Bestari, saya keluar terus.
No comments:
Post a Comment