Ada
suatu buku, yang sangat dekat dan terletak di bahagian hati saya yang paling
istimewa.
Entah
kenapa, pada mulanya, membacanya tanpa memaknai, tidak memberikan saya maksud
apa-apa.
Lalu
saya beli Mushaf Quran berserta terjemahan yang disekalikan bersamanya.
Mushaf
Quran itu direka dengan begitu cantik sekali. Berkulit
warna werah, ada zip, ada penanda untuk informasi wakaf dan harakat serta
doa-doa khusus dan bersaiz sederhana, yang membuatkan ia bersifat mudah alih.
Cantik.
Lalu
saya amalkan membaca lembaran demi lembaran.
Saya
bawa mushaf itu sampai ke universiti.
Saya
kata pada diri saya.
“Aku
tahu, bila aku sampai sini, akan ada ujian dan cabaran yang bakal aku hadapi.
Tapi aku yakin, seorang muslim itu tidak akan mudah berputus asa dengan
kehidupan, kerana ada Al-Quran, yang sentiasa ada di sisi.”
Dan
benarlah.
Satu
demi satu ujian, menimpa diri ini.
Ujian
tekanan dalam pelajaran.
Ujian
dari manusia.
Ujian
dari nafsu sendiri.
Ujian
ketersungkuran iman.
Adakala
saya mampu bertahan, namun ada waktu, saya tersungkur.
Apabila
ada manusia yang bersifat buruk, atau menyebabkan hati saya tak tenang, saya
tidak lawan.
Saya
diam dan senyum.
Saya
tak mampu untuk melawan.
Lalu
saya cuba mencari ketenangan, dengan membuka Al-Quran.
Saya
pilih mana-mana surah atau muka surat. Lalu saya mula membaca.
Dan
pada saat saya membaca itu, air mata saya tumpah.
Saya
peluk Al-Quran kesayangan saya itu. Erat. Kuat.
Kemudian
datang suatu kelegaan, yang saya sendiri pun tidak mampu untuk gambarkan dan
ungkapkan kepada orang lain.
Saya
rasa beban yang terpikul, seolah-olah hilang begitu sahaja.
Bagaimana
saya mahu kaitkan Al-Quran dengan kehidupan seorang mahasiswa?
Ada
suatu keistimewaan yang Tuhan berikan kepada kita.
Tuhan
turunkan Al-Quran, sebagai petunjuk dan panduan manusia untuk menjalani
kehidupan seharian. Dalam
Al-Quran, ada mesej yang ingin Tuhan sampaikan. Mesej-mesej
yang bersifat mengingkatkan mengenai kenikmatan, dan juga yang berbentuk amaran
azab Tuhan yang tersangatlah perit.
Kita
sedia maklum, Al-Quran itu penyuluh kehidupan, termasuklah rutin seorang
mahasiswa. Namun,
sejauh mana kita, sebagai seorang mahasiswa, mahasiswa muslim khususnya,
benar-benar menjadikan Al-Quran sebagai suatu mukjizat dan asas dalam
mengharungi cabaran di alma mater ini?
Ada
beberapa cara sebenarnya untuk praktikkan Al-Quran dalam kehidupan seorang
mahasiswa.
1. Baca Al-Quran, sekurang-kurangnya
sehari satu muka surat, termasuk terjemahan. Tak kisah nak baca bila. Boleh
mulakan dengan baca selepas solat Subuh, kerana apabila pagi dimulakan dengan
membaca Al-Quran, in sha Allah urusan pada hari itu akan dipermudahkan.
2. Sertai program khatam Quran, yang
selalunya diadakan pada musim Ramadhan. Boleh sertai di masjid kampus anda.
Konsistenkan diri untuk turut bersama mendengar dan membacakan ayat-ayat
Al-Quran dalam halaqah.
3. Sebelum mengulangkaji pelajaran, baca
satu muka surat Al-Quran. Untuk dapatkan ketenangan dan diterangkan hati, agar
apa yang dibaca mampu masuk ke dalam hati.
4. Bawa mushaf Quran yang disertakan
dengan terjemahan itu, ke mana-mana. Boleh simpan dalam beg.
5. Install
aplikasi Al-Quran dalam telefon bimbit. Jika terlupa bawa mushaf, boleh terus
baca dari situ.
6. Apabila tidak tahu bacaan ataupun tanda
dalam Quran, Whatsapp atau terus ke
bilik kawan yang arif dalam bacaan Quran. Selalunya mereka terdiri dari pelajar
Al-Quran dan Sunnah. Ataupun siapa-siapa sahaja yang anda kenal, yang anda tahu
kehebatannya dalam membaca Al-Quran.
7. Lazimkan
diri untuk mendengarkan alunan ayat Al-Quran. Boleh buka di Youtube ataupun Spotify. Pilih qari kegemaran anda, seperti Sheikh Mishari
Al-Afasy.
8. Apabila ditimpa ujian mahupun dugaan,
jangan terus update di Facebook. Cuba
kawal diri dulu. Kemudian cuba sentuh dan peluk Al-Quran, erat. Kemudian baca
mana-mana muka surat.
Mulakan
perlahan-lahan.
Lama-lama,
apabila sudah terbiasa, sehari tak baca atau sentuh Al-Quran pun, akan rasa
sesuatu yang kurang dalam hati.
Cubalah
wahai sahabatku.