Masjid An-Nur [Sumber: link]
Alhamdulillah, sudah tujuh hari saya berada di sini, di Tronoh, atau Seri Iskandar, atau mana-manalah sebab saya pun kecelaruan juga saya ini duduk di Tronoh atau Seri Iskandar hahaha.
Ini
kali pertama saya membawa diri seorang diri, tanpa keluarga yang membantu,
tanpa teman di sisi.
Oh
dan ini kali pertama saya naik bas Terminal Bersepadu Selatan. Serius rasa
macam kekok sangat sebab tak pernah ke tempat baru. Pelbagai perasaan bercampur
aduk. Seriau, seram, teruja, takut. Haha.
Masih
teringat lagi lagu dalam bas yang liriknya lebih kurang,
“Dalam kehidupan ini yang terindah nananana usia remaja…”
Selalu
juga saya dengar lagu lama tu di corong radio cuma tak kenal nama penyanyi dan
tajuk lagunya. Sepanjang lagu tu diputarkan dalam perjalanan saya dari TBS ke
Seri Iskandar, saya seolah-olah menghayati lagu itu. Lagu fasal remaja, dan saya yang masih remaja muda ini memang masuklah dalam lirik lagu tu.
Berjauhan daripada
keluarga untuk kali yang entah ke berapa, dan perlu bersiap sedia untuk
mengharungi kehidupan yang penuh dengan mehnah dan cubaan ini, dengan hati yang
lapang dan tenang.
Sepanjang
perjalanan dalam bas ini sebenarnya saya sedang berbalas-balas Whatsapp dengan
kenalan baru yang saya jumpa di Facebook. Oleh sebab saya tiada lagi rakan yang
saya kenal yang boleh saya jumpa di Perak, maka perlunya untuk saya mencari
seseorang.
Seseorang yang kalau boleh bukan berkenalan begitu sahaja dan hye
hye bye bye. Tetapi seseorang yang saya yakin insha Allah boleh menjadi asbab
untuk saya tidak terikut-ikut dengan perangai dan fiil lama, yang telah sedaya
upaya saya tinggalkan di Bangi sana.
Orang-orang terdekat sebelum ini pasti
lebih memahami karakter saya yang macamana yang saya maksudkan. Haha.
Okey
berbalik kepada saudara yang saya jumpa di Facebook itu (saya cari keyword Ikram Perak memandangkan saya tiada apa-apa support system yang boleh tolong saya sekiranya ada kecemasan), alhamdulillah
beliaulah orang pertama yang menyambut saya sewaktu saya menjejakkan kaki buat
pertama kalinya ke Seri Iskandar atau Tronoh (Okey lepas ini saya tulis Seri
Iskandar jelah ya).
Saya perkenalkan beliau sebagai akhi Aziz sebab wajahnya
sangat sejuk mata memandang.
“Hmmm.
Awalnya daftar sebagai pelajar Master. Umur baru 22 tahun kan?” tanya akhi Aziz
sambil fokus memandu kereta.
Haha.
Yang sebenarnya saya baru sahaja selesai latihan praktikal selama 3 bulan
selepas final exam semester akhir. Sementara menunggu konvo, saya apply
mana-mana institut yang menawarkan peluang sambung belajar dengan syarat ada
geran dan dapat tampung kos pengajian saya. Maka saya pilih UTP sebab UTP ada
skim untuk pelajar pascasiswazah buat research.
Perkara
pertama yang beliau buat setelah menjemput saya ialah jalan-jalan di Universiti
Teknologi PETRONAS (UTP). Sebab esoknya saya akan melapor diri dengan bakal
penyelia, maka adalah lebih elok untuk membiasakan diri dahulu dengan IPTS yang
saya dengar ramai yang cakap infrastrukturnya sangat canggih, moden dan cantik.
Masuk-masuk
je dalam UTP saya hanya nampak jalan lurus sebab kami ikut jalan belakang.
Kemudian saya dibawa untuk melihat bangunan-bangunan akademik seperti
Department Information Technology, Department Chemical Engineering dan beberapa
department yang saya pun tak tahu. Setiap department bangunannya bersebelahan
sahaja.
Saya
paling teruja bila tengok Bangunan Canselor UTP yang omaigod besar gila
gedabak! Di bangunan canselor itu jugalah terletaknya library UTP yang sekali
lagi apabila orang yang baru pertama kali menjejak masuk ke UTP boleh ternganga
mulut. Sungguh cantik!
Ruangan dalam bangunan Canselor. |
Ruang dalaman library UTP yang sumpah awesome! |
Saya
kemudian dibawa ke Masjid UTP atau Masjid An-Nur, kebetulan dah masuk waktu
solat Asar. Majid itu atas tasik. Memang unik. Saya suka bilik air dia sebab
banyak bilik air yang tersedia. Tak perlulah saya nak menunggu orang dalam
bilik air sambil terloncat-loncat sebab dah tak tahan muahahahaha. Dan part
yang paling best sekali ialah pintu masuk ke dalam ruang masjid dia. Pintu dia
main sliding. Cuma waktu saya masuk tu pintu tu tak boleh nak buka.
Rupa-rupanya kena sentuh pada pintu dia baru pintu tu terbuka. Teruja pula saya
main-main dengan pintu masjid tu. Hahaha.
Masjid An-Nur yang indah tersergam. :) |
“Okey,
sekarang kita nak ke mana?” Saya tanya beliau sebab saya sendiri pun tak ada
idea lagi. Nak pergi ke rumah sewa saya pun, orang rumah tu kata jam 6 petang
baru ada.
Akhi
Aziz menjawab, “Beli barang-barang dapur?”
Saya
tergelak-gelak, “Oh ya, saya ni tak pernah sentuh ikan dan ayam. Saya hanya
pernah masak maggie, goreng keropok lekor, nugget, burger, telur etc.”
Tapi
dalam hati saya pun saya berazam nak pandai memasak. Cooking is a survival
skill kot? Tapi betullah saya ni memang tak pandai sangat masak. Kali terakhir
saya cuba masak nasi adalah ketika saya sekolah menengah. Saya tak ingat
macamana saya masak nasi goreng tu, tapi yang saya ingat saya masukkan bawang
putih yang saya potong, minyak, nasi, garam, kicap, minyak bijan, sos tiram dan
mayonis. Hahaha. Dan saya tak rasa yang saya mampu telan hasil masakan saya
yang entah apa-apa tu. Hahaha. Even adik saya sendiri lagi terror memasak
berbanding abangnya hahaha.
Okey
berbalik kepada cerita tadi. Jadi saya pun cakap, okeylah, kita pergi beli
barang di Tesco. Dan akhi Aziz pun bawa saya ke sana. Dengan tak ada list
barang nak dibeli, saya main beli saja barang-barang yang saya boleh telan,
macam roti gardenia, telur, sos cili dan air minuman. At least untuk minggu
pertama di Seri Iskandar ini, saya boleh mengalas perut dengan segala barang
ini sementara saya tak ada kenderaan untuk makan di mana-mana lagi.
Bila
dah nak dekat jam 6, kami pun menuju ke rumah sewa, tempat saya berteduh dari
panas dan hujan selama entah berapa bulan. Rumah sewa itu terletak sebelah
dengan UTP, kata pemilik rumah sewa itu kepada saya dalam Whatsapp. Ingatkan
bolehlah jalan kaki saja pergi UTP, tapi jauh juga haha.
Akhi
Aziz terpaksa pergi dahulu, jadi saya sempat berikan beliau buah tangan dari
Sabah. Keropok Amplang. Lagipun rasa serba salah pula nak minta beliau lama-lama
di rumah sewa, sebab beliau berpuasa sunat.
Masuk
saja ke rumah sewa saya ditempatkan dalam bilik double. Kekok jugalah. Hahaha.
Berjumpa dengan housemate baru, yang rata-rata berusia 25 hingga 30-an. Kalau
berjumpa pun sekadar senyum-senyum, sebab saya sendiri rasa malu atau mungkin
sebenarnya merasakan adanya jurang apabila bercakap dengan orang yang baru
pertama kali dikenali. Lagipun, saya masih ahli baru dalam rumah sewa itu haha.
“Meja
awak kat situ. Itu katil awak. Kunci ini awak punya. Selamat menjadi housemate
di rumah ini,” kata Encik Z, roommate saya yang juga sebenarnya baru seminggu
menjadi ahli rumah sewa ini. Terkial-kial jugalah saya nak membiasakan diri di
sini, haha. Enzik Z ni saya ingatkan pramugara Malaysia Airlines, sebab tubuh
beliau memang lepas syarat kalau temuduga jadi flight attendand. Selepas
berbual-bual barulah saya tahu beliau bekerja as pharmacist dekat dengan
kawasan perumahan di sini.
Ada
3 orang lagi housemate dalam rumah sewa ini. Encik N bekerja di UTP dalam
marketing dan sudah berkahwin. Encik Q tak pernah jumpa lagi tapi saya
difahamkan beliau ialah pelajar Master di UTP. Dan akhir sekali Encik A yang
turut bekerja di UTP, merangkap ketua rumah sewa ini. Beliau juga sudah
berkahwin, dan beliau tinggal di Bangi. Setiap hujung minggu beliau akan naik
tren ETS untuk sampai ke Bangi.
Jadi
demikianlah serba-sedikit pengalaman hari pertama saya di Seri Iskandar.
Esoknya saya ke UTP untuk bertemu penyelia. Berdebar-debar juga. Haha entahlah.
Saya ni setiap hari selalu rasa berdebar. Padahal berjumpa dengan orang je pun.
Mungkin
juga saya masih cuak dengan pengalaman membuat research final year project
sewaktu Degree sebelum ini.
Cuak berjumpa dengan penyelia.
Cuak berjumpa dengan
pelajar PhD.
Cuak berjumpa dengan lab assistant.
Cuak berjumpa dengan operator
machine, yang kadang-kadang ada mood, kadang-kadang rasa macam nak telan diri
ini.
Cuak juga asyik nak tanya dengan rakan-rakan satu group yang masing-masing
sibuk buat kerja-kerja lab.
Cuak nak buat lab seorang-orang sampai terosakkan
sampel sendiri, lepas tu penyelia nampak pula. Memang cari nahaslah.
Saya cuak
sebab saya takut, apabila saya tersalah atau tersilap buat sesuatu, saya akan
ditempelak dan dimarahi. Bila saya dimarahi, saya kena kawal dan stabilkan
emosi saya. Sebab kalau saya tak lekas kawal, mood saya boleh hilang. Mulalah
saya tak ada hati nak buat research, tak nak balas mesej orang, tak nak jumpa
orang itu orang itu, lebih suka mengurung diri dalam bilik, etc.
Tapi,
dunia ini tentu tidak menyeronokkan jika tiada ujian-ujian sedemikian, bukan?
Mungkin hati saya sahaja yang terlalu lemah, haha. Mungkin juga saya terlalu
yakin pada diri sendiri sehingga mengabaikan nasihat orang lain. Apabila Tuhan
jentik sedikit, mulalah saya menggelabah tak tentu fasal.
Allah.
Tenang Farid, tenang.
Tenangkan
fikiran dan bayangkan yang indah-indah sahaja. Ingat wajah ayah dan ibu kita
yang sentiasa mendoakan kita dari jauh. Ingat juga adik-beradik yang akan
melihat kita sebagai role-model.
Diri
ini perlu lebih kuat. Jangan gentar dengan asakan negatif. Itu semua hanya
permainan yang cuba mengalihkan fokus kita kepada matlamat hidup kita. Matlamat
untuk menjadi khalifah untuk memakmurkan bumi ini. Matlamat untuk menjadi
muslim yang berguna kepada orang lain. Mahu menjadi muslim yang bisa
menyumbangkan sesuatu, haruslah tidak cepat melatah apabila dicubit sedikit. Haruslah
sabar dan tetap dengan akhlaknya.
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa
(seseorang) melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah,
Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan
tenang dan sabar), dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.”
Surah At-Taghabun: 11.
Saya
positif untuk meneruskan research saya dalam kimia, cuma mungkin bidang yang
berlainan daripada yang pernah saya buat sewaktu fyp dahulu. Siapa kata cabaran
itu pasti tidak ada? Biarlah apa pun yang akan berlaku selepas ini, saya anggap
semua itu adalah wasilah yang akan mematangkan lagi diri saya.
Kerana saya
percaya, setiap pengalaman itu ada hikmah yang boleh menjadikan kita manusia
yang lebih baik daripada hari semalam, inshaAllah.
Keep
smiling in every moment!
--
Masih
terkial-kial untuk menulis research proposal mengenai penghasilan hidrogel. Nak
terbeliak jugalah mata apabila membaca jargon-jargon baru dalam jurnal-jurnal
sains polimer.
Oh
ya, di rumah ini line Digi tak berapa nak okey, jadi amatlah sukar untuk
melayari internet. Kuranglah sedikit aktiviti lagha, eh?
Moga sihat selalu, jaga kesihatan & cukup rehat.
ReplyDelete