[Sumber: link]
Kita akan rasa selesa apabila orang yang sedang kita bawa berbual itu menunjukkan riak muka yang ceria, yang penuh dengan senyuman, dan memandang kita dengan sepenuh perhatian.
Bagaimana pula dengan orang yang apabila kita ingin berurusan dengan dia, dia seperti acuh tak acuh sahaja? Sibuk dengan halnya sendiri, seolah-olah tidak mahu dirinya diganggu.
Saya gelar manusia seperti ini sebagai manusia dingin. Mungkin juga boleh dipanggil manusia kurang mesra alam. Sebab layanan yang diberikan bukan hanya membuatkan diri rasa kurang selesa, bahkan kalau boleh, kita tak ingin pun nak bersemuka dengan manusia itu buat kali kedua.
Apa punca wujudnya manusia-manusia seperti ini? Ada banyak teori yang berlingkaran dalam minda saya.
Mungkin manusia itu sebenarnya sedang menghadapi tekanan. Tekanan dari segi kerja, nak kejar dateline. Itu yang dia rasa dirinya tidak mahu diganggu oleh sesiapapun. Kalau ada yang mahu berjumpa dengan dia pun hanyalah orang-orang yang berkepentingan sahaja. Orang lain yang tidak rapat memang tidak dilayan dengan sebaik mungkin.
Double standard. Dengan orang lain diberi layanan ok. Dengan kita diberi layanan dingin, siap ada taufan dan puting beliung. Kadang-kadang sampai saya sendiri pun takut mahu mesej untuk urusan tertentu kerana saya tahu apa yang saya dapat ialah mesej yang sama seperti sikap si penghantar mesej. Mesej berbau dingin dan tidak mesra alam. Apabila kita buat kesilapan yang tidak disengajakan, terus sahaja kita dipersalah dalam segenap inci.
Kurang kasih sayang. Ini juga mungkin faktor yang menyebabkan mengapa orang yang kita rasa berwajah dingin itu, berjiwa dingin. Boleh bezakan manusia berjiwa kasih sayang dan manusia tanpa jiwa kasih sayang. Manusia berjiwa kasih sayang, apabila kita berurusan, kita ada dapat rasakan ketenangan kerana setiap butir bicara yang dia ungkapkan menyebabkan diri kita rasa dihargai.
Berbanding dengan manusia yang bukan berjiwa kasih sayang. Senyum tidak. Pandang pun tidak. Apabila disoal, sepatah dijawab. Apabila kita ingin meminta kepastian mengenai suatu permasalahan, kita pula yang dipersalahkan. Kemudian, mulalah mencari setiap inci kesalahan kita. Itu yang membuatkan kita terpaksa berhati-hati bercakap. Cakap salah, terus dikririk. Jadi tunggul kayu sajalah kalau macam tu?
Apa yang menyebabkan manusia dingin tidak dapat rasa kasih sayang dalam diri? Berbalik kepada diri sebenarnya. Kita hanya akan dapat memperoleh rasa kasih sayang, apabila kita sendiri yang memberikan kasih sayang kepada orang lain. Kasih sayang itu milik semua.
Tuhan cipta kita di atas muka bumi ini pun, untuk kita saling mengenali dan berkasih sayang. Berkasih sayang tidak mengenal rupa dan warna kulit. Berkasih sayang kerana kita semua merupakan saudara seIslam. Bukan disebabkan kau bukan keluarga dan darah daging aku atau kau hanya pekerja bawahan aku atau kau cuma student universiti jadi kau tak ada apa-apa kaitan dengan aku.
Yang cuba memberikan rasa kasih dan sayang,
Farid Majid.
(:
Yang cuba memberikan rasa kasih dan sayang,
Farid Majid.
(: