Bismillah.
Semester baru, haruslah dengan semangat yang baru, kan.
Sekarang musim pelajar tahun akhir untuk memilih tajuk fyp (final year
project). Projek ini seperti kita buat tesis. Jadi, sebelum menghasilkan tesis,
penyelidikan dan kajian perlu dibuat, barulah data dan analisis dapat dibuat.
Kalau anda bercita-cita untuk menyambung dalam bidang kimia, ada
beberapa tajuk fyp yang menarik untuk dijadikan kajian.
Tajuk-tajuk fyp ini sudah diasingkan mengikut subdisiplin dalam kimia,
dan juga specialisation untuk tajuk yang lebih kepada aplikasi.
Pendek kata, berdasarkan tajuk-tajuk fyp yang dikeluarkan oleh pusat
pengajian kami, ada tajuk yang berunsurkan teori, dan ada juga yang terus
kepada produk.
Di sini saya rumuskan beberapa bidang tajuk fyp dalam kimia berdasarkan
kaca mata saya sendiri.
1. Kimia Tak Organik
Tajuk yang dikeluarkan lebih kepada sintesis. Maksudnya, ada tindak
balas antara reagen itu dengan reagen ini. Isu yang diutarakan selalunya dalam
penggunaan mangkin, penggunaan bahan yang mesra alam (green chemistry) dan kajian kimia tak organik dalam biologi seperti
DNA. Bagi yang power dalam teori-teori seperti teori medan hablur dan diagram
MO, mungkin bidang ini sesuai dengan anda.
2. Kimia Organik
Sama macam kimia tak organik. Mostly tajuk yang dikeluarkan ialah
mengenai sintesis. Of course, segala ilmu dalam makmal dan teori harus
disepadukan agar dapat menghasilkan data yang baik. Teknik-teknik seperti
kaedah pemisahan memang selalu digunakan dalam sintesis organik untuk pisahkan
komponen yang susah untuk dipisahkan. Sintesis organik ini ada juga aplikasinya
dalam bidang lain, seperti sebagai anti-malaria dan juga solar.
3. Kimia Hasilan Semula Jadi
(Kimia Organik)
Yang saya tahu ia tidak melibatkan sangat mengenai tindak balas. Tajuk
yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk pelajar mengekstrak sesuatu sebatian
dari sumber semula jadi. Sebatian hasilan semula jadi ini pula
kompleks-kompleks belaka berbanding sebatian organik biasa. Nak ekstrak katanya
susah, nak pisahkan apatah lagi, sebab dalam ekstrak itu mungkin tercampur
beberapa sebatian yang lain, jadi sebatian semula jadi yang mahu diekstrak itu
haruslah tulen setulen-tulennya. Lastly, pengelusidasian (penentuan struktur
molekul) perlu dilakukan untuk mengesahkan identiti sebatian itu, menerusi
penggunaan instrumen kimia seperti spektroskopi inframerah, spektroskopi
ultralembayung-boleh nampak, spektroskopi resonan magnet nuklear dan
spektrometer jisim.
(Saya minat tajuk dalam bidang ini,
hihi.)
4. Oleokimia
Apa yang saya tahu, tajuk-tajuk dalam bidang ini sangat menarik dan
unik. Kebanyakannya adalah untuk menghasilkan produk. Oleokimia adalah kajian
kimia yang berkaitrapat dengan minyak, lemak dan sebagainya. Antara tajuk yang
agak menarik perhatian saya ialah sabun mandi lutsinar, yogurt, aiskrim, dan
sebagainya.
Sabun lutsinar.
5. Kimia Polimer
Selalunya pelajar-pelajar dalam bidang Teknologi Kimia akan pilih bidang
ini. Ia lebih kepada penghasilan polimer, kajian mengenai elektrolit dalam
elektrokimia, modifikasi polimer dan sebagainya. Tajuk-tajuk dia pun agak
gempak sampai saya sendiri tak mampu nak cerna istilah yang digunakan.
Visual mudah untuk menerangkan apa itu pempolimeran, iaitu pengulangan monomer yang sama untuk menghasilkan rantai polimer panjang yang baru.
6. Kimia Analisis
Saya tak tahu sama ada bidang ini agak senang atau tidak. Basically,
pelajar akan kumpul sampel dan buat analisis. Macam senang pula, kan? Ada
analisis air, analisis mengenai pencemaran udara dan sebagainya. Kata senior,
banyak pengiraan statistik perlu dibuat. Saya yang memang jenis tidak suka
menghadap banyak nombor mungkin tak berapa sesuai nak masuk dalam bidang ini.
Hihi. (Subjek Kimia Analisis Asas dulu pun dapat C+ kah kah kah).
Analisis air adalah salah satu kajian yang penting dalam kimia analisis, kerana kandungan dalam air mungkin mengandungi bahan-bahan logam atau komponen farmaseutikal yang mungkin memberi kesan pencemaran kepada alam sekitar, dan tidak elok untuk diminum oleh manusia.
Dalam banyak-banyak bidang ini, saya tertarik dengan kajian hasilan semula jadi.
Pensyarah saya sendiri kata ramai yang tak berapa gemarkan tajuk ini.
Tapi pada saya tajuk ini mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Sebatian-sebatian yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan misalannya sebenarnya mampu memberi potensi yang besar dalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan, farmasi dan farmakologi.
Cuma dari kita je sama ada nak atau tak nak.
Apa pun pilihan yang dibuat, didoakan agar Tuhan permudahkan urusan rakan-rakan saya untuk menjalankan projek mengikut minat masing-masing. In sha Allah.
No comments:
Post a Comment