Bismillah.
Baik, kita sambung dengan apa yang telah aku kongsikan pada
entri sebelum ini, iaitu bagaimana kita dapat belajar dengan lebih efektif dan
efesien di universiti.
Sebelum ni aku telah highlightkan tiga isi utama dalam entri
sebelum ini, iaitu dengan memberi fokus, mencintai pensyarah dan membuat peta
minda.
Boleh rujuk pada entri ini sebelum meneruskan pembacaan ke
entri yang ini pula.
(a) Latih tubi sampai pengsan
Kebiasannya apabila kita telah menghadiri satu topik kuliah,
kita masih tak faham dengan apa yang telah pensyarah ajar. Kita rasa diri kita
masih di awang-awangan, walaupun kita cuba untuk memahami dengan sebaik mungkin
ilmu yang sedang beliau syarahkan.
Maka di sini, pentingnya untuk kita membuat latihan.
Konsepnya sama seperti mana kita pernah belajar di sekolah
dahulu. Cikgu beri kita kerja sekolah sejurus usai pembelajaran pada hari itu.
Kemudian, kita kena siapkan sebelum kelas seterusnya dan menyerahkan kepada
guru tersebut untuk diberi penilaian. Di sinilah kerajinan dan tahap disiplin
yang tinggi memainkan peranannya.
Tapi di universiti, tidak semua pensyarah akan memberi
latihan. Maka, pelajar itu sendiri perlu mencari inisiatif untuk mencari
latihan yang diperlukan. Latihan tutorial adalah penting untuk pemahaman dan
pengukuhan diri.
Subjek-subjek seperti Matematik, Fizik, Kimia amat
mementingkan latih tubi kerana ia ‘memaksa’ kita untuk mencuba setiap konsep
topik yang telah dipelajari.
Namun selalunya, seiring dengan keperluan pendidikan tinggi,
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kuliah juga sudah diberi
penekanan. Maka, memang akan ada pensyarah yang memberikan latihan tutorial,
bahkan ada pensyarah yang akan memberi markah tutorial untuk dibawa ke final
exam.
Buat macam ni pun okey. Nampak kemas dan cute kan? Er. |
Maka, kita buat sahajalah tutorial yang mereka dah bagi.
Misal kata, kita tak dapat jawab satu soalan, jangan terlalu difokuskan kepada
soalan itu. Lebih baik kita skip ke soalan yang seterusnya. Sebab, apabila kita
terlalu fokus pada satu soalan dan kita mahukan jawapan yang terbaik, tetapi
tak dapat juga, kita akan hilang motivasi.
Jadi, buat sahaja mana-mana soalan yang mampu. Soalan yang
tak dapat dijawab, tanyalah kawan-kawan, atau pensyarah!
Oh ya, soalan past year juga boleh dijadikan soalan latih
tubi. Boleh dapatkan di portal universiti. Macam aku, aku selalu buka portal
USM sebab di situ ada koleksi soalan, dan ada skema jawapan oleh pensyarah itu
sendiri. Bila kita selalu buat soalan past year atau mana-mana soalan latih
tubi, kita dapat melihat sendiri, soalan-soalannya berulang sahaja. Daripada
situ, kita dapat melihat sendiri corak soalan yang mungkin akan keluar ketika
exam nanti.
Dan, daripada latihan tutorial atau latih tubi yang kita
buatlah, kita dapat melihat kesalahan yang telah kita buat. Daripada kesalahan
yang dilakukan, kita dapat mengelakkan kesilapan yang sama berulang semasa
exam. In sha Allah.
(b) Review sebelum kuliah
Tip ini juga adalah antara yang terpenting sekiranya benar
kita mahu menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang.
Kebiasannya, kita lebih cenderung untuk tunggu waktu kuliah,
barulah kita terima apa yang pensyarah ajar.
Sebenarnya, konsep ini perlu diubah.
Analoginya, seolah-olah kita nak pergi menunaikan umrah,
tetapi tidak memiliki ilmu untuk menjalankan sai, tawaf dan memakai ihram. Eh.
Apa kita, mulai saat ini, sebelum kita masuk ke kelas, kita
baca dahulu topik yang akan diajar oleh pensyarah. Barulah kita tak rasa
awkward. Barulah tak ada feeling macam ‘Like seriously aku rasa macam berada di
planet Marikh.’
Itulah apa yang berlaku kepada diri aku apabila tak buat
persediaan sebelum memasuki dewan kuliah.
Lecture notes selalu telah disediakan oleh pensyarah sebelum
kelas bermula. So, why not kita baca dahulu topik-topik yang akan diajar? Atau,
cuba buka buku rujukan dan fahami topik yang sedang berlaku. Boleh juga buka
Youtube dan cari topik yang berkaitan. Kebiasannya aku lebih suka buka video
sebab paparannya menarik dan memudahkan pemahaman.
Jadi, bila kita dah masuk dewan kuliah, tak adalah kita rasa
tercengang-cengang.
Sebagai contoh, esok pensyarah kita akan mengajar bab
Alkena. So, sebelum kita baca tiga kul untuk tidur, selak dahulu lecture note
mengenai alkena. Buka learning outcomes (yang ini pun sangat membantu apabila
kita tahu topik-topik yang akan disampaikan). Misal kata, untuk alkena, kita
perlu tahu mengenai,
1. IUPAC
2. Synthesis
3. Reaction
Bila dah tahu, cuba listkan apa yang patut dalam satu
kertas. Senaraikan apa contoh-contoh alkena, apa kaedah-kaedah untuk sintesis
sesuatu alkena, bagaimana alkena boleh menjalani tindak balas yang pelbagai.
Lihat corak tindak balas. Tulis dahulu, walaupun kita tak faham.
At least, kita dah tahu idea topik pembelajaran Alkena yang
akan dibincangkan esok.
(c) Terus review selepas kuliah
Yang ini pun penting juga, tapi aku selalu tak buat. Haha.
Harapnya lepas ni diberi kekuatan untuk istiqamah.
Ini kira macam kita imbas kembali apa yang telah kita
pelajari semasa di kelas. Kan masa pensyarah mengajar, kita highlight point
yang penting, kita catat apa-apa nota yang patut. Then, apa gunanya kita catat
semua ni kalau kita tak baca semula kan? Sebab selalunya, peratus untuk kita
baca balik apa yang dicatat, adalah rendah. Seriously.
Dan kenapa pentingnya kita kena buat review cepat-cepat
setelah kuliah?
Sebab otak kita, jangka memorinya agak pendek jika kita
tidak ‘mengetuk’ balik otak kita. Ibarat pisau yang kita dah asah, bila kita
biarkan, lama-lama ia akan menjadi tumpul. That’s why kita kena terus membuat
review topik yang telah dipelajari, seboleh-bolehnya dalam masa 24 jam.
Alah, bukan susah pun. Balik saja dari kelas, sambil tunggu
bas Nadi Putra, bukalah nota atau lecture note tadi, kemudian
teliti-baca-fahami semula apa yang telah dipelajari. At least, kita tahu dan
ingat semula apa yang telah kita pelajari.
Berbanding kita main COC atau
whatsapp mesej yang tak pernah nak habis, baik kita buat review terus.
Memang,
mula-mula rasa macam malas-malasan gitu, kalau ada kawan di sebelah rasa macam
nak terus borak-borak kosong je.
Tapi, bukankah lebih baik kita membuat perkara yang
bermanfaat instead of cakap-cakap kosong dengan kawan-kawan sambil ketawa mengilai
tak ingat dunia. Err.
(d) Study group itu awesome
Well, kita hidup di universiti tak bolehlah terlalu
individualistik. Nak belajar apatah lagi.
Tak ada maknanya kalau kita belajar seorang-orang dan
merasakan diri itu hebat. Lebih baik kita kongsi ilmu yang telah kita ketahui
dengan kawan-kawan kita.
Inilah yang dinamakan study group.
Percaya atau tidak, dengan study group, kita dapat
memudahkan urusan semua orang untuk mengulang kaji pelajaran. Study group
selalunya terdiri dari 4 hingga 5 orang ahli. Jangan banyak sangat, kalau
terlebih, pecahkan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil lagi.
Korang mesti sangka bahawa study group ni macam, kita janji
untuk berjumpa dengan semua orang, duduk dalam library, kemudian buat kerja
masing-masing, sama ada baca buku, catat nota atau highlight point.
Itu salah.
Study group bukan seperti itu. Bukan kita berjumpa, duduk,
kemudian buat kerja masing-masing.
Seperti yang telah aku mention sebelum ini, tujuan study
group ini dibuat adalah untuk memudahkan kita mengulangkaji pelajaran.
Sebagai contoh, kita nak study mengenai subjek Kimia. Kita
nak study ni sebab tak cukup masa, sebab exam dah nak dekat. Dalam subjek Kimia
tu yang akan masuk exam ialah periodic trends, stochiometry, atoms and
molecules, nomenclature, acid-bace, quantum theory dan quantum numbers.
Jadi, kita bahagikan setiap topik ini kepada setiap orang.
Satu orang satu topik atau dua topik. Semasa hadir study group, setiap orang
perlu mempersembahkan topik tersebut kepada semua ahli.
Apabila berlaku percanggahan atau soalan yang tidak dapat
dijawab, maka di sinilah setiap orang perlu memberikan pandangan. Berikan komen
atau penambahbaikan terhadap topik yang telah dia sampaikan.
Bila dia mengajar, orang lain pun dengar, catat dan faham.
Simulaneously, ilmu rakan kita yang mengajar tu pun akan meningkat. 2 in 1.
Sama-sama dapat manfaat. In sha Allah.
That’s why study group ini sangat efektif dan efisien. Cuba
praktikkan tip ini kerana ia sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada
kecemerlangan seseorang, di samping dapat membina soft skills untuk bercakap
dengan penuh keyakinan.
Alhamdulillah.
Kesimpulannya, dapatlah aku rumuskan bahawa untuk menuntut
ilmu di menara gading, ada banyak tip yang boleh kita praktikkan dan usahakan. Cuma
akhirnya, bergantung kepada diri kita juga, sama ada mahu mencuba, atau tidak.
Yang penting, dalam apa juga perkara yang kita mahu lakukan, tetapkan dahulu nawaitu
kita.
Niat kita untuk belajar adalah semata-mata untuk mendapat
keredhaan Allah, kerana menuntut ilmu itu adalah satu ibadah. Jadi, bagaimana
kita dapat menuntut ilmu dengan efektif? Ada banyak cara yang boleh
digunapakai, dan salah satunya mungkin ada pada entri yang aku karang ini.
So, ambillah yang baik-baik sahaja dari entri ini. Yang
buruk, tinggalkan sahaja di sini.
Semoga menjadi panduan dan manfaat kepada semua, khususnya
mahasiswa dan mahasiswi, serta bakal-bakal prasiswazah.
Semoga kejayaan menjadi milik kita. In sha Allah!
:)
wah!!tips yg betul2 ohsemmm..thanks yaa
ReplyDeletemesti student rajenn dulu ni kann. :)
ReplyDeletemashaAllah sheikh.. terima kasih untuk tips2 ni.. minta izin share link ini ye, boleh? rasanya sesuai untuk bakal2 mahasisw yg baru nak masuk ni..
ReplyDeleteKalau lah baca motovasi ni lebih awal mesti sekarang dah dekan! Haha
ReplyDeleterindu zaman belajar uni;)
ReplyDeleteBahagian 3 akan menyusul kan?
ReplyDeleteIn sha Allah, mohon doakan agar diri ini diberi idea dan ilham untuk menulis in sha Allah.
Deletei got follow your blog for those tips yg superb awesome rakan sekuliah!
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga bermanfaat in sha Allah. ;)
Delete