Bismillah.
Semoga Allah mengurniakan
kita semua kesihatan yang berpanjangan dan rahmat yang berkekalan. In sha
Allah.
Baiklah, kali ini aku
akan berkongsi sebuah entri yang ideanya diminta oleh salah seorang rakan
Facebook. Aku memang dari dulu nak tulis mengenai benda ni tapi asyik terperam
di minda begitu sahaja kemudian diasak lagi dengan kesibukan demi kesibukan
yang sebenarnya tak adalah sibuk sangat pun cuma alasan diri semata-mata. Huh.
Jadi, untuk mengembalikan
semula skill penulisan aku, maka aku cuba untuk rajinkan diri untuk menulis di
blog, agar buku motivasi pertama aku akan dapat disiapkan secepat mungkin.
Actually lagi, tajuk
entri ini adalah pada mulanya mengenai tip untuk skor dalam subjek Kimia
(memandangkan aku sekarang mengambil kursus Kimia dan sepatutnya aku harus
cemerlang dalam Kimia [?] ). Tapi aku rasa better aku summarise tip-tip ini
untuk kesemua subjek. Jadi, bolehlah pelajar Pengajian Islam, Sains Kemanusiaan
dan Ekonomi turut dapat menikmati manfaat yang sama, bukan hanya terhad untuk
subjek Sains Tulen sahaja.
Apabila disebut sahaja
mengenai subjek Kimia, pasti ramai yang sudah mula pening-pening lalat, kalut
mencari baldi untuk memuntahkan segala isi atau berura-ura mahu terjun dari
tingkat paling atas KLCC.
Aku dulu pun begitu.
Pertama kali mendengar subjek Kimia, rasa kekok memagut jiwa. Dimulai dengan
belajar teori atom, nukleus, elektron, proton, neutron, isotop, kemudian
diperkenalkan pula dengan persamaan kimia yang hanya bisa difahami oleh
orang-orang Kimia macam kita.
Aku rasa gila dan rasa
nak tarik rambut sampai botak walaupun aku cuba untuk memahami subjek Kimia
ini. Sudahlah cikgu itu waktu itu sungguh komitmen dalam mengajar, maka aku
berusaha untuk tidak mengecilkan hati beliau dengan sedapa upaya cuba skor
dalam subjek ini. Tapi, hmmm. Entahlah.
Mungkin memang aku tiada
Kimia dengan subjek Kimia ni.
Itu cerita dahulu. Bila
dah masuk ke peringkat Matrikulasi, barulah aku rasa Kimia ini senang, bahkan
aku rasa subjek yang paling senang pernah aku jumpa di Matrikulasi setelah
subjek Sains Komputer. Aku rasa subjek Kimia ini sangat membantu dalam CGPA
kerana aku suka dengan pattern Kimia yang mudah dan tak berbelit-belit seperti
Biologi (err).
Bahkan juga, aku
memberanikan diri untuk mengikuti kursus Kimia di UKM (sekarang) dengan alasan
bahawa Kimia sangatlah senang. Sedangkan orang lain mengatakan bidang Kimialah
bidang paling mencabar dan susah seperti belajar perubatan.
Usah dipedulikan
kata-kata orang. Dalam mana-mana bidang pun, tiada yang senang. Semuanya
memerlukan usaha dan inisiatif yang jitu dari individu. Bukannya kerana kita
memang semula jadi dilahirkan pandai.
Baik. Sedikit mukadimah
yang agak panjang lebar sehingga aku sendiri terlupa tujuan entri ini.
(Peringatan: Tip-tip yang
diberikan ini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis, bahkan juga dipetik
dari rahsia-rahsia pembelajaran oleh senior-senior yang senantiasa Dekan gitu.)
1. Sentiasa mengingati Allah
Ini adalah pegangan utama kita.
Tak kiralah dalam apa jua kerja yang sedang kita lakukan, termasuklah ketika menuntut ilmu sekalipun. Apabila Allah ada di hati, segala urusan pasti Allah permudahkan, kerana hati sentiasa mengingati Allah.
Apabila kita jauh dari Allah, bagaimana mungkin kita mendapat ketenangan hati dan kekhusyukan jiwa untuk menimba ilmu?
Seorang mahasiswa yang suka bergosip dengan kawan-kawan, meniru assignment bulat-bulat tanpa sebarang inisiatif, meniru dalam peperiksaan, berkepit dengan bukan mahram (kononnya bercouple), adakah mungkin mereka mendapat ketenangan dalam menuntut ilmu, apabila hati tidak mengingati Allah?
Moga kita dijauhkan dari perkara seperti itu.
Okey, jadi, bagaimana kita dapat sentiasa dalam keadaan mengingati Allah tatkala dalam mujahadah menuntut ilmu?
a. Solat sunat. Lakukan solat sunat yang biasa orang buat, seperti solat sunat dhuha. Mungkin, boleh juga buat solat sunat tahajjud. Aku sendiri taklah selalu konsisten, tapi aku still berusaha agar Allah berikan rasa istiqamah untuk lakukan amalan sunat.
Dalam setiap solat, niatkan diri untuk mendekatkan diri kepada Dia, minta diampunkan segala dosa kita, dosa ibu bapa kita, keluarga dan saudara seIslam kita. Akan datang saat kita berasa ketenangan, dan ketenangan itulah yang bisa membantu kita dalam menuntut ilmu.
b. Wuduk. Sentiasa menjaga wuduk. Sebelum masuk kuliah, cuba amalkan diri untuk sentiasa mengambil wuduk. Apabila kita dalam keadaan berwuduk, hati akan tenang kerana sentiasa mengingati Allah.
c. Baca doa belajar. Biasakan diri dengan memohon doa kepada Allah, agar diri kita diberi kemudahan untuk memahami topik yang akan dipelajari.
Semua hafalkan doa belajar? Erk.
d. Join usrah/bulatan gembira/usrah legend/konferens riang. Di universiti, ada banyak persatuan yang menubukan kumpulan usrah masing-masing. Join je mana-mana, buat sesi taaruf, kongsi pandangan, dengar murabbi (baca: naqib atau ketua usrah) memberi tazkirah atau pengisian, rehlah dan segala jenis aktiviti yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah.
Percayalah, bila kita sentiasa dalam kelompok, keberangkalian kita itu jatuh adalah amat rendah. In sha Allah. Tapi, kenalah sentiasa beri komitmen yang baik kan. Hee.
2.
Fokus dalam kelas/kuliah/tutorial
Dalam mana-mana subjek
pun, fokus perlu diberi penekanan, kerana tanpa fokus, bagaimana mungkin kita
dapat memahami sesuatu topik kan. Untuk fokus memang mudah, tetapi memerlukan
mujahadah juga. Di sini aku sertakan tip-tip yang boleh meningkatkan tahap
kefokusan kita terhadap subjek yang sedang diajar oleh cikgu mahupun pensyarah.
a) Matikan handphone.
Kalau boleh, tak payah bawah handphone pergi kuliah. Handphonelah antara punca
kenapa kita tak bisa untuk fokus dalam pengajaran yang sedang disampaikan oleh
pensyarah, sebab kita asyik seronok scrolling newsfeed MukaBuku, memeriksa
mesej yang berlambak-lambak di Whatsapp dan juga sibuk menggatal mengelike
setiap gambar terbaru yang baru dimuatnaik oleh budak perempuan (mahram pula
tu) di Instagram.
b) Duduk paling depan.
Percaya atau tak, bila aku duduk paling depan sekali di dewan kuliah, aku dapat
memberikan perhatian 99.99% terhadap pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah.
Kenapa? Sebab bila kita duduk depan, pensyarah akan lebih memberikan fokus dan
perhatian kepada kita. Jadi, keberangkalian kita untuk tidak memberikan tumpuan
atau mengechek whatsapp adalah amat rendah. Betul. Ini kisah betul. Bahkan
semasa pensyarah sedang mengajar topik yang mana bila aku toleh ke belakang
semua pelajar sibuk menghasilkan air liur, aku masih dapat memberikan fokus dan
berminat untuk mengetahu isi pengajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah.
Subjek Bentuk-bentuk Penulisan. Sporting betul pensyarah kami, Puan Maharam Mamat. |
c) Makan. Yup. Aku selalu
makan dalam dewan kuliah. Bergantung kepada pensyarah sama ada dia benarkan
kita makan atau tak. Tapi rasanya semua pensyarah mostly tak kisah student dia
makan dalam kelas sebab, buat apalah dia nak ambil masa membebel bagai kan. Aku
selalu beli kuih samosa (ini sangat sedap) dengan karipap. Jadi, bila masuk je
kuliah, selamba je aku makan dalam kelas sambil tengok pensyarah. Dahlah duduk
paling depan kan. Aku makan sebab, nak hilangkan ngantuk. Bila kita ngantuk,
kita tak boleh fokus terhadap kuliah. Jadi, sia-sialah kita datang kuliah sebab
satu patah isi pun kita tak faham.
Pizza ni dijual di kedai roti di bawah Pusanika. Sedap. Yum yum. Sarapan makan pizza erk. |
3.
Kita perlu suka kepada cikgu / pensyarah kita.
Jangan tak percaya, tapi
inilah antara tip macamana nak skor dalam bidang yang kita sedang pelajari.
Siapa lagi yang dapat menyampaikan ilmu jika bukan cikgu / pensyarah kita
sendiri kan. Oleh itu, firstly, untuk memahami sesuatu subjek, kita perlu
terlebih dahulu ‘menyukai’ dengan cikgu / pensyarah kita.
Tak tahulah kalau ahli
psikologi dah buat kajian ni, tapi aku merasakan apabila kita semakin suka
kepada pendidik kita, secara automatik kita akan semakin minat dan faham
terhadap subjek kita. Mari sini aku ceritakan pengalaman aku sebagai seorang
pelajar.
Aku dulu pernah tak suka
dengan satu subjek ni, dahlah tak berapa rapat dengan guru itu. Mungkin sebab aku memang tak faham subjek tu, padahal
cikgu tu betul-betul memberi komitmen, siap buat slide show yang cantik, tapi
entahlah. Aku masih tak dapat untuk memahami subjek itu, sedangkan kawan-kawan
aku yang lain enjoy je belajar subjek tu.
Akhirnya, aku dapat
cukup-cukup makan je (err, baik jugalah) walaupun aku tak beri komitmen yang
tinggi untuk subjek tu. Walaupun aku tak dapat gred yang gempak sikit, tapi aku
semakin serasi pula dengan cikgu tu. Haha.
Baik, itu kesannya
apabila kita tidak menyukai cikgu kita.
Bila aku dah masuk
matrikulasi, aku cuba untuk menyukai semua pensyarah. Kesannya? Aku rapat
dengan pensyarah-pensyarah aku, especially subjek Kimia (Miss Tah) dan subjek
Sains Komputer (Puan Rohani). Kedua-dua pensyarah ini adalah antara pensyarah
yang aku begitu rapat sekali sehinggakan walaupun mereka dah tak ajar aku
semasa semester 2, aku masih mencari mereka berdua bagi mendapat tunjuk ajar.
Bahkan beberapa jam sebelum exam, aku still ke pejabat untuk bertemu mereka
semata-mata nak minta tunjuk ajar pada saat-saat akhir!
Pensyarah yang paling aku
rapat ialah Cik Suraya (English), juga merupakan mentor kumpulan praktikum aku.
Kebetulan aku ni ketua mentor, so untuk setiap urusan, aku memang selalu
berurusan dengan Cik Suraya. Bahkan kami berdua sungguh rapat dan serasi (ehem)
sehingga aku nak pergi airport pun dia sanggup untuk hantar dan jemput balik.
Allah.
Kesannya, aku berjaya
mendapat gred yang cemerlang dalam semua subjek. Alhamdulillah.
Semoga Allah memberi
rahmat kepada semua cikgu dan pensyarah yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan
pertolongan kepada diri ini.
Baik. Nampak? Betapa
apabila kita rapat dan ‘cinta’ akan cikgu/pensyarah kita, kita dapat tingkatkan
prestasi kita dalam pelajaran. Betul. Tapi, rapat dan suka sahaja tidak guna,
tanpa disusuli dengan tindakan-tindakan seperti:
a) Luahkan terus
sekiranya ada masalah dalam topik apabila berada dalam kelas/dewan kuliah.
Jangan pendam!
b) Jangan jadi pemalu!
Oh, tidak sama sekali! Pemalu dalam menuntut ilmu hanya merugikan diri sendiri.
Bila kita dah rapat dengan cikgu/pensyarah, maka lebih senanglah untuk kita
bertanya soalan.
c) Adalah menjadi perkara
yang wajib untuk kita bertemu dengan pensyarah secara personal sekiranya kita
menghadapi masalah dalam pelajaran. Buat temujanji, kebiasannya cikgu/pensyarah
tidak ada dalam pejabat even ketika waktu rehat. So, mesej/emel kepada mereka
dan set satu waktu temujanji. Jangan pula bila dah buat temujanji, kita pula
yang tak pergi!
4. Peta minda itu menyeronokkan!
Ramai yang tak berapa
suka untuk membuat peta minda, tapi tahu tak, peta minda ni antara instrumen
yang paling senang untuk kita memahami dan mereviu semula sesuatu topik.
Aku secara personally
apabila dalam dewan kuliah, suka menggunakan teknik mencatat nota menggunakan
kaedah peta minda. Bukannya perlu rigid untuk menghasilkan peta minda. Cukuplah
peta minda yang kita hasilkan itu mempunyai isi yang padat dan lengkap.
Peta minda ni sangatlah
berguna especially untuk subjek yang banyak kena hafal fakta seperi Sejarah,
Biologi, Pengajian Islam, Ekonomi dan lain-lain. Bahkan untuk Kimia juga aku
turut mengaplikasikan teknik ini dalam subjek Organic Chemistry.
Untuk makluman (buat
mereka yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang Kimia), salah satu subjek
yang perlu dipelajari ialah Organic Chemistry, dan subjek ini agak mencabar
kerana kita bukan sahaja perlu memahami konsep, bahkan perlu hafal sintesis
tindak balas berserta dengan reagen dan kondisi. Bayangkan, dalam bab Alkena
sahaja ada sejumlah 11 lebih tindak balas yang difahami dan dihafali. Itu belum
masuk Alkuna, Benzena, Alkohol, dan pelbagai lagi sebatian organik yang mana
bila aku sebut satu persatu pun mesti ada yang rasa nak pitam.
Peta minda Pendidikan Al-Quran yang aku buat, beberapa hari sebelum final. :3 |
Jadi, untuk memudahkan
proses penghafalan, teknik peta minda adalah praktikal dalam kes ini kerana ia
memudahkan kita melihat corak sintesis yang berulang-ulang, sehingga dapat
mewujudkan kelaziman dalam diri. Dari alkena, kita dapat jalankan proses
penghidratan, penghidrogenan, penghalogenan, ozonolisis, pensiklopropanaan,
penghidroksilan dan lain-lain. Bila kita guna peta minda, kita letak reagen dan
kondisi, lalu kita letak pula hasil tindak balas.
Peta minda tindak balas alkene yang aku buat. |
Dengan adanya peta minda,
kita tak perlu membaca satu lecture notes yang tebal gedabak meskipun exam
tinggal 10 minit lagi eh. Cukup dengan mereviu semula peta minda kita yang
cantik itu.
Jadi, untuk menghasilkan
peta minda yang baik:
a) Gunakan pen
berwarna-warni. At least ada 3 warna yang berbeza. Kalau tak mampu sangat nak
ada pen berwarna-warna, satu warna pen pun dah cukup. Ya aku tahu GST. Tapi
seafdal-afdalnya, lagi warna-warni, lagi bagus. Tapi actually ikut selera orang
juga kan. Haha.
b) Lakar peta minda ikut
gaya dan kesukaan kita. Jangan ikut orang lain. Okey, diulangi. Jangan ikut
cara orang lain! Peta minda yang baik, ialah peta minda yang kita sendiri
sahaja yang faham! (Kecuali kalau assignment tu pensyarah suruh kuat buat peta
minda, maka lakarkanlah peta mindu yang cantik menggoda itu.)
c) Ringkaskan isi, jangan
catat semua perkataan dan ayat. Gunakan singkatan, simbol dan segala macam
tanda yang hanya kita sahaja faham. Okey, diulangi. Hanya kita sahaja yang
faham! Sebab tu sebelum ni aku dah cakap, jangan tiru peta minda orang lain,
sebab kita sendiri pun tak faham peta minda orang lain.
Peta minda yang ini pun okey. ^_^ |
Setakat ini, dah faham dengan sedikit perkongsian yang aku catat? Moga-moga adalah manfaatnya untuk semua.
In sha Allah, aku akan sambung untuk Bahagian 2 pula.
Doakan juga agar aku konsisten dalam mengamalkan tip-tip ini. Aku ni, menulis je pandai, tapi yang nak mempraktikkan tu kadang-kadang susah. Huhu.